awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekurang-kurangnya 11 rakyat Palestin terkorban dalam bedilan Israel di tengah Gaza - Sumber
Usaha perkasa wanita perlu diperkukuh secara menyeluruh - Ahmad Zahid
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Bird watching' dijangka tarik 5,000 pelancong tahun ini

Bernama
Bernama
18/10/2022
07:41 MYT
'Bird watching' dijangka tarik 5,000 pelancong tahun ini
Pada 2019, Malaysia rekodkan ketibaan 3,150 pemerhati burung dari dalam dan luar negara dengan pulangan pendapatan sebanyak RM20.3 juta kepada negara. - Gambar fail
KUALA BERANG: Tourism Malaysia menyasarkan 5,000 kedatangan pelancong ke 55 lokasi aktiviti mencerap burung (bird watching) di seluruh negara tahun ini.
Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia Iskandar Mirza Mohd Yusof berkata lokasi berkenaan termasuk di Tasik Kenyir dan Setiu serta Paya Maga dan Mulu di Sarawak.
Beliau berkata bagi mencapai sasaran itu, pihaknya giat menjalankan pelbagai promosi termasuk mengedarkan E-Risalah Birdwatching Paradise Malaysia bagi menarik pelancong bukan sahaja domestik, malah luar negara.
"Pada 2019, Malaysia merekodkan ketibaan 3,150 pemerhati burung dari dalam dan luar negara dengan pulangan pendapatan sebanyak RM20.3 juta kepada negara.
"Tahun ini kita sasarkan pasaran pelancong lebih luas iaitu dari United Kingdom, Jepun, Singapura, Taiwan dan Thailand," katanya selepas majlis pelancaran E-Risalah Minat Khas Birdwatching Paradise Malaysia di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir dekat sini, hari ini.
Menurut Iskandar Mirza lagi, pihaknya berharap supaya lebih banyak pakej bird watching ditawarkan oleh penggiat pelancongan bagi merancakkan dan memajukan lagi sektor pelancongan di lokasi berkaitan.
Beliau berkata Malaysia memiliki hampir 4.5 juta hektar kawasan yang dikategorikan sebagai lokasi Kawasan Penting Burung dan Biodiversiti (IBA) oleh BirdLife International, justeru lokasi itu perlu dimanfaatkan sebaik mungkin bagi memberi pulangan ekonomi kepada rakyat dan negara.
"Pahang, Sarawak, Sabah dan Perak antara negeri yang mencatat IBA tertinggi. Manfaatkan sepenuhnya kelebihan yang ada untuk majukan agenda pelancongan di negeri masing-masing," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bird watching
#Tourism Malaysia
#pelancong
#peminat burung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan