awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BKSA nafi berlaku catuan air di Melaka

Bernama
Bernama
05/04/2026
10:05 MYT
BKSA nafi berlaku catuan air di Melaka
Menurut BKSA, sokongan semua pihak amat penting dalam memastikan bekalan air kekal mencukupi untuk kegunaan bersama. - Gambar hiasan/Bernama
Badan Kawal Selia Air (BKSA) Jabatan Ketua Menteri (JKM) Melaka menafikan berlakunya pelaksanaan catuan bekalan air seperti yang tular di media sosial ketika ini.
Menurut agensi berkenaan dalam kenyataan hari ini, bekalan air di Melaka masih dalam keadaan terkawal namun cuaca panas berpanjangan serta pengurangan hujan sejak kebelakangan ini memberi sedikit kesan kepada paras sumber air mentah.
"Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri melalui BKSA bersama Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) sedang melaksanakan pelbagai langkah bagi memastikan bekalan air terus mencukupi dan stabil.
"Antaranya mengoptimumkan operasi loji rawatan air serta penggunaan kolam dan tasik sedia ada dan mempertingkat pemantauan sumber air mentah secara berterusan," menurut kenyataan itu.
Agensi itu memaklumkan antara langkah lain termasuk mengurangkan kehilangan air melalui kawalan kebocoran dan penambahbaikan sistem agihan.
"Kerajaan negeri komited memastikan usaha-usaha ini dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan bekalan air sentiasa terpelihara.
"Pada masa sama, orang ramai diseru untuk bersama-sama memainkan peranan dengan menggunakan air secara berhemat dan mengelakkan pembaziran," menurut kenyataan itu.
Menurut BKSA, sokongan semua pihak amat penting dalam memastikan bekalan air kekal mencukupi untuk kegunaan bersama dan orang ramai juga dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat hanya daripada saluran rasmi Kerajaan Negeri Melaka serta tidak menyebarkan maklumat tidak sahih.
"Semoga Melaka terus diberkati dan dikurniakan hujan yang mencukupi di kawasan tadahan air," maklum kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BKSA
#catuan air
#media sosial
#tadahan hujan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan