awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BNM keluarkan dokumen semakan semula dasar wang elektronik

Bernama
Bernama
31/01/2025
13:30 MYT
BNM keluarkan dokumen semakan semula dasar wang elektronik
Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan dokumen dasar wang elektronik dan set soalan lazim (FAQ) yang disemak semula berkuat kuasa hari ini. - Gambar fail/BNM
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan dokumen dasar wang elektronik dan set soalan lazim (FAQ) yang disemak semula berkuat kuasa hari ini.
Bank pusat itu dalam satu kenyataan hari ini berkata dokumen dasar itu menetapkan keperluan bagi memastikan keselamatan dan kebolehpercayaan wang elektronik yang dikeluarkan oleh pengeluar wang elektronik (EMI) selain mengekalkan keyakinan pelanggan dan peniaga untuk menggunakan atau menerima wang elektronik bagi pembayaran barangan serta perkhidmatan.
"Dokumen dasar ini disertakan dengan pernyataan balas untuk menjawab maklum balas dan cadangan utama yang diterima semasa tempoh perundingan.
"Disertakan juga semakan FAQ bagi meningkatkan pemahaman orang ramai tentang keperluan yang ditetapkan BNM serta menjelaskan isu tafsiran dalam pelaksanaan keperluan dokumen dasar wang elektronik ini," kata BNM dalam laman sesawang rasminya.
Bank pusat berkata, semakan dokumen dasar dan FAQ ini dibuat selaras dengan pewartaan Perintah Perkhidmatan Kewangan (Wang Elektronik Maksud Terhad) (Pengecualian) 2024 [P.U.A 463/2024] dan Perintah Perkhidmatan Kewangan Islam (Wang Elektronik Maksud Terhad) (Pengecualian) 2024 [P.U.A 461/2024] yang mengecualikan EMI maksud terhad (limited purpose EMI) daripada dokumen dasar ini.
Menurut BNM lagi, dokumen dasar tersebut menetapkan keperluan dan panduan pengawalseliaan oleh BNM kepada EMI yang diluluskan menurut seksyen 11 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#BNM
#dasar wang elektronik
#semakan semula
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan