awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BNM umum KDNK suku keempat 11 Februari ini

Astro Awani
Astro Awani
08/02/2021
23:05 MYT
BNM umum KDNK suku keempat 11 Februari ini
Sepanjang tahun 2020, kerajaan telah mengumumkan empat pakej rangsangan ekonomi bernilai RM305 bilion atau sekitar 20 peratus daripada KDNK negara. -Reuters
KUALA LUMPUR:Bank Negara Malaysia (BNM) dijadual mengumumkan kadar pertumbuhan Malaysia untuk suku keempat 2020 dan setahun penuh pada Khamis ini.
Pada suku ketiga, Malaysia mencatat penguncupan ekonomi 2.7 peratus.
Ini berbanding penguncupan suku kedua pada negatif 17.1 peratus.
Pertumbuhan pada suku keempat dijangka dipengaruhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikenakan ke atas beberapa negeri termasuk Wilayah Persekutuan dan Selangor pada suku keempat tahun lepas.
Negeri dan wilayah yang dikenakan PKPB ini dilapor menyumbang lebih 40 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia mengikut data 2018.
Sepanjang tahun 2020, kerajaan telah mengumumkan empat pakej rangsangan ekonomi bernilai RM305 bilion atau sekitar 20 peratus daripada KDNK negara.
Dalam masa yang sama, Jabatan Statistik turut melaporkan, jualan dagangan borong dan runcit pada November menguncup sebanyak 1.2 peratus tahun ke tahun.
Ini selepas penguncupan yang dicatatkan sebanyak 0.8 peratus pada Oktober.
Dalam masa yang sama, kadar pengangguran pada Oktober sehingga Disember turut mencatatkan kenaikan kepada antara 4.7 ke 4.8 peratus susulan PKPB yang dilaksanakan.
Pada hujung Januari, Jabatan Statistik melaporkan jumlah perdagangan pada 2020 bernilai RM1.777 trilion, susut 3.6 peratus berbanding 2019.
Dana kewangan antarabangsa sebelum ini menjangka ekonomi Malaysia pada 2020 akan menguncup 5.8 peratus untuk setahun penuh.
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#KDNK
#ekonomi
#PKPB
#statistik
#kadar pertumbuhan Malaysia
#penguncupan ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan