awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bom Perang Dunia Kedua diletupkan di Sibu

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
19/09/2019
04:22 MYT
Bom Perang Dunia Kedua diletupkan di Sibu
Bom mortar era perang ini ditemukan di ladang kelapa sawit di Sungai Igan. -Astro AWANI
Sebutir bom era perang yang masih aktif ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Sungai Igan semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit, bom itu dipercayai peninggalan zaman Perang Dunia Kedua.
Bom yang dijumpai kira-kira 25 kilometer dari pusat bandar Sibu itu dijumpai pekerja ladang yang kemudian memaklumkannya kepada pihak berkuasa.
"Ia dijumpai oleh pekerja ladang sekitar jam 1.35 petang dan segera memaklumkan pihak kita," kata Stanley.
Bom mortar itu kemudian diletupkan Unit Pemusnah Bom.
"Selepas memastikan perimeter lokasi dikosongkan, pihak kita memusnahkan bom jenis mortar ini secara meletupkannya sekitar jam 4.05 petang," kata Stanley.
Stanley berkata tiada sebarang insiden tidak diingini dilaporkan semasa proses itu dijalankan.
Topic Berkaitan
#bom era perang
#ladang kelapa sawit
#masih aktif
#Perang Dunia Kedua
#Stanley Jonathan Ringgit
#Sungai Igan
#Unit Pemusnah Bom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan