awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba selamatkan 9 pemancing terperangkap di kawasan lombong

Sinar Harian
Sinar Harian
29/08/2021
23:00 MYT
Bomba selamatkan 9 pemancing terperangkap di kawasan lombong
Pihak bomba dengan bantuan orang asli berjaya menyelamatkan sembilan pemancing yang terperangkap di kawasan lombong berkenaan pada Ahad. -Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyelamatkan sembilan pemancing yang terperangkap di kawasan lombong di Jalan Kampung Sungai Melur, Sungai Buloh, di sini pada Ahad.
Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.28 petang dan seramai enam anggota berlainan pangkat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) KLIA bergegas ke lokasi kejadian.
Menurutnya, terdapat sembilan orang awam yang pergi memancing di kawasan lombong berkenaan terperangkap akibat laluan masuk dinaiki air dianggarkan setinggi tiga meter.
“Pihak bomba dengan bantuan orang asli tiba ke lokasi mangsa terperangkap melalui akses berlainan dan mendapati semua mangsa selamat.
“Seramai sembilan mangsa dipercayai orang awam terdiri daripada enam lelaki dewasa, dua wanita dalam lingkungan umur 30-an hingga 40-an dan seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pemancing
#lombong
#bomba
#Orang Asli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan