awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba selamatkan empat wanita sesat di Air Terjun Telaga Tujuh, Langkawi

Agensi
Agensi
02/12/2020
13:00 MYT
Bomba selamatkan empat wanita sesat di Air Terjun Telaga Tujuh, Langkawi
Mohamadul Ehsan berkata, JBPM menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada 1.08 tengah hari. - Gambar fail
LANGKAWI:Empat wanita termasuk seorang remaja yang sedang melakukan aktiviti mendaki di kawasan Air Terjun Telaga Tujuh, di Gunung Mat Cincang dekat sini cemas selepas mereka terkandas dan tersesat, tengah hari tadi.
Bernama melaporkan, semua mangsa berusia 18 hingga 25 tahun dikatakan sedang bercuti di pulau ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada 1.08 tengah hari.
"Seorang pegawai dan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Langkawi telah digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan. Mangsa didapati tersesat pada ketinggian kira-kira 61 meter dari kaki gunung tersebut.
"Anggota bomba yang melakukan pendakian kemudian telah menemukan kesemua mangsa dan membawa mereka turun," katanya dalam satu kenyataan, di sini.
Mohamadul Ehsan berkata kesemua mangsa selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Operasi tamat sepenuhnya pada 4 petang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Langkawi
#JBPM
#mangsa
#remaja
#operasi
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan