awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
NHMS 2026 dedah hanya 14.7% warga emas capai penuaan sihat
PADU tawar perkhidmatan analitik data, bantu agensi kerajaan buat keputusan lebih tepat
Pelaksanaan e-Invois catat lebih 1.27 bilion urus niaga, libatkan 224,831 pembayar cukai - Liew
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba selamatkan wanita terkandas di beting pasir di Pantai Balok

Bernama
Bernama
20/04/2026
02:47 MYT
Bomba selamatkan wanita terkandas di beting pasir di Pantai Balok
Seorang wanita berdepan detik cemas selepas terkandas di beting pasir di Pantai Balok, Kuantan, semalam. - Gambar JBPM Pahang
Seorang wanita berdepan detik cemas selepas terkandas di beting pasir di Pantai Balok, di sini, semalam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian yang melibatkan mangsa berusia 24 tahun itu pada 8.37 pagi, semalam.
“Kejadian itu berlaku ketika wanita terbabit pergi ke beting pasir sejauh 100 meter dari pesisir pantai dan tidak menyedari air mulai pasang, sekali gus terkandas di lokasi terbabit,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng memulakan operasi dengan membawa mangsa menggunakan bot getah menyeberangi air sedalam kira-kira satu meter menuju ke pantai.
Dalam pada itu, Mohd Salahuddin turut menasihatkan orang ramai supaya mengelak berada di beting pasir ketika air laut berubah serta sentiasa peka terhadap jadual pasang surut air laut.
“Beting pasir boleh kelihatan selamat semasa air surut, tetapi akan cepat ditenggelami apabila air pasang. Elakkan turun ke kawasan berisiko seorang diri serta pastikan ada rakan atau ahli keluarga yang boleh memantau keadaan,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#Mohd Salahuddin
#beting pasir
#wanita terkandas
#Pantai Balok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan