awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba tangkap ular sawa kekenyangan selepas baham tiga ekor kambing

Bernama
Bernama
27/10/2024
15:06 MYT
Bomba tangkap ular sawa kekenyangan selepas baham tiga ekor kambing
Ular itu diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kuala Krai untuk tindakan lanjut. - JBPM Kuala Krai via Bernama
KUALA KRAI: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menangkap seekor ular sawa batik dianggarkan sepanjang tujuh meter dan seberat 240 kilogram (kg) selepas membaham seekor ibu dan dua anak kambing milik penduduk Kampung Ngangah di sini pada Ahad.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata pihaknya menerima panggilan daripada seorang penternak mengenai kejadian itu pada pukul 7.15 pagi Ahad memaklumkan reptilia itu berada di dalam kandang kambing di tepi rumah miliknya dan telah menelan ibu serta dua anak kambing terbabit.
"Sebaik menerima laporan, tiga anggota Pasukan Bomba Sukarela Guchil dan tujuh anggota BBP Kuala Krai dikerahkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi menangkap ular berkenaan.
"Pasukan mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menangkap haiwan itu yang kekenyangan kerana menelan ibu serta dua anak kambing," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata ular itu diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kuala Krai untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ular sawa
#baham kambing
#Bomba Sukarela Guchil
#bbp kuala krai
#Perhilitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan