awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba terpaksa mendaki Bukit Harimau Menangis, padam kebakaran hutan

Bernama
Bernama
22/07/2021
21:08 MYT
Bomba terpaksa mendaki Bukit Harimau Menangis, padam kebakaran hutan
Bomba mengalami kesukaran mendapatkan sumber air di puncak bukit dan terpaksa mengambil air dari tasik berdekatan kaki bukit untuk memadamkan kebakaran. - Foto Sinar Harian
CHUKAI: Pasukan bomba terpaksa mendaki Bukit Harimau Menangis di sini selama 30 minit untuk memadam kebakaran hutan yang berlaku di kawasan itu seluas kira-kira 0.8 hektar, petang semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kerteh Khairulhasni Mohktar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3 petang dan sepasukan anggota bersama satu jentera digerakkan ke lokasi kejadian.
"Kebakaran dikatakan bermula dari puncak Bukit Harimau Menangis sebelum merebak turun ke kaki bukit dan telah melibatkan kawasan seluas kira-kira 0.8 hektar. Anggota kita terpaksa mendaki bukit setinggi kira-kira 200 meter dengan membawa peralatan yang berat untuk naik ke puncak.
"Selain itu, kita juga mempunyai kesukaran mendapatkan sumber air di puncak bukit dan terpaksa mengambil air dari tasik yang berdekatan kaki bukit tersebut untuk memadamkan kebakaran," katanya ketika dihubungi semalam.
Khairulhasni berkata sehingga malam tadi, pihaknya telah berjaya mengawal kebakaran tersebut dan api dijangka berjaya dipadam sepenuhnya lewat malam tadi.
"Punca sebenar kebakaran masih disiasat namun saya nasihatkan orang ramai yang melakukan aktiviti mendaki di kawasan bukit dan hutan ini supaya tidak sewenang-wenangnya membuang puntung rokok kerana ia boleh menjadi satu daripada punca kebakaran hutan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran
#Bukit Harimau Menangis
#Balai Bomba dan Penyelamat
#bomba
#hutan
#mendaki bukit
#puntung rokok
#kebakaran hutan
#Khairulhasni Mohktar
#Kerteh
#sumber air
#tasik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan