awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomoh warga emas nafi cabul pesakit

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
15/02/2022
05:11 MYT
Bomoh warga emas nafi cabul pesakit
Tertuduh ketika di Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini. - Astro AWANI
AYER KEROH: Seorang bomoh warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan mencabul pesakitnya ketika memberikan rawatan, bulan lalu.
Tertuduh, Mohd Raba’ai Parman, 66, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan cabul dengan menyapukan limau nipis dan telur ayam ke atas badan mangsa yang juga seorang wanita berusia 41 tahun.
Kesalahan itu dilakukan di kediamannya di Taman Rambai Utama, Melaka Tengah kira-kira jam 9 malam, 11 januari lalu.
Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Difahamkan mangsa bersama rakan lelaki dan anak perempuannya datang ke rumah suspek yang dipanggil ‘Atok’ untuk mendapatkan rawatan selepas berasa emosinya sering tidak stabil dan kerap marah.
Mangsa mendakwa diarah berkemban dan mandi sebelum tertuduh memulakan proses rawatan sehingga cuba meraba alat sulit wanita berkenaan.
Terdahulu prosiding yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri mencadangkan jaminan RM4,000 dengan mengambil kira kes berkenaan adalah melibatkan cabul pesakit.
Tertuduh yang diwakili peguam Senthil Ramu bagaimanapun merayu jaminan rendah diberikan memandangkan anak guamnya menghidap pelbagai masalah kesihatan selain tidak bekerja dan menanggung isteri yang kurang sihat.
Majistret Mohamad Izwan pada penghakimannya kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 serta mengarahkannya untuk tidak mengganggu dan mendekati mangsa yang juga saksi pendakwaan.
Mahkamah turut menetapkan 28 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.
Topic Berkaitan
#cabul
#bomoh
#pesakit
#mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan