awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bongkah konkrit jatuh di laluan MRR2, pemandu lori dikenakan saman

Astro Awani
Astro Awani
25/03/2021
02:57 MYT
Bongkah konkrit jatuh di laluan MRR2, pemandu lori dikenakan saman
Susulan kejadian itu, lorong tengah di jalan berkenaan terpaksa ditutup beberapa ketika sehingga kerja mengalihkan bongkah konkrit selesai. -Foto Twitter/@mySUKEofficial
KUALA LUMPUR : Pemandu lori yang membawa muatan sehingga menyebabkan sebongkah konkrit jatuh di jalan raya di sini awal pagi tadi dikenakan tindakan saman.
Menurut Ketua Polis Ampang Jaya, ACP Mohamad Farouk Eshak, insiden tersebut berlaku di lorong tengah jalan raya Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke Ampang sekitar jam 7 pagi tadi.
"Kejadian konkrit jatuh dari lori di Ampang namun tiada sebarang laporan dibuat.
"Konkrit telah dialih, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan lori yang membawa muatan telah dikenakan tindakan saman.
"Sehingga kini, lalu lintas sudah kembali lancar," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Terdahulu, SUKE Expressway menerusi perkongsian di Twitter melaporkan insiden berkenaan.
#SUKE #INFOTRAFIK Satu bongkah konkrit telah jatuh dari sebuah lori (Bkn dr projek SUKE) di lorong tengah #MRR2 selepas Hillview arah ke Ampang. Patuhi arahan petugas trafik di lokasi@LLMinfotrafik pic.twitter.com/2yikVnc90V
— SUKE Expressway (@mySUKEofficial) March 24, 2021
Susulan kejadian itu, lorong tengah di jalan berkenaan terpaksa ditutup beberapa waktu sehingga kerja mengalihkan bongkah konkrit selesai.
Kerja-kerja pengalihan turut menyebabkan keadaan lalu lintas sesak.
Topic Berkaitan
#bongkah konkrit
#pemandu lori disaman
#mrr2
#suke
#lalu lintas sesak
#jatuh di tengah jalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan