awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bongkar makmal dadah, empat ditahan di Gopeng - KPN

Bernama
Bernama
13/03/2017
23:00 MYT
Bongkar makmal dadah, empat ditahan di Gopeng - KPN
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata serbuan itu dilakukan Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) Bukit Aman. - Gambar fail
Polis menahan empat individu dan membongkar makmal memproses lebih 70 kilogram (kg) syabu, dalam operasi khas membanteras dadah di sekitar Gopeng, Perak pada Isnin.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata serbuan itu dilakukan Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) Bukit Aman.
Beliau berkata turut dirampas peralatan serta bahan bagi memproses dadah berkenaan.
"Syabas STING @PDRMsia tangkap empat orang, bongkar makmal proses Syabu di Gopeng, Perak. Rampas bahan yang boleh hasilkan lebih 70kg syabu #GoPDRMGo," kata Khalid melalui laman twitternya.
Khalid turut mengucapkan syabas kepada Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG) atas kejayaan menangkap 369 pelayan pelanggan (GRO) dan tukang urut selain turut menangkap 703 suspek dan merampas 4,422 komputer judi dalam operasi di seluruh negara.
"Syabas STAGG @PDRMsia gempur maksiat seluruh negara sepanjang minggu lalu, tangkap 369 orang GRO dan tukang urut #GoPDRMGo.
"Syabas lagi STAGG @PDRMsia gempur judi seluruh negara, sepanjang minggu lalu. Tangkap 703 orang dan rampas 4,422 komputer #GoPDRMGo," katanya. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Dadah
#Ketua Polis Negara
#Khalid Abu Bakar
#polis
#Syabu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan