awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bot karam: Pencarian dua lagi mangsa dipertingkat, libat agensi lain

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
12/08/2022
02:40 MYT
Bot karam: Pencarian dua lagi mangsa dipertingkat, libat agensi lain
Pencarian yang dilaksanakan sejak Selasa lalu masih gagal menemui sebarang petunjuk bagi mengesan dua lagi mangsa. - Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia akan berganding bahu bersama beberapa agensi yang lain bagi mengesan dua lagi mangsa bot karam di perairan Pulau Redang sejak Isnin lalu.
Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata ia susulan pencarian yang dilaksanakan sejak Selasa lalu masih gagal menemui sebarang petunjuk bagi mengesan dua lagi mangsa.
Katanya hasil selaman yang dilakukan penyelam di kawasan rangka bot berkenaan juga tidak menghasilkan petunjuk positif.
Justeru pihaknya akan meneruskan pencarian bersama pihak polis, Jabatan Perikanan, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan komuniti nelayan.
Beliau berkata menerusi operasi yang memasuki hari keempat bagi mengesan Ahmad Zamri Ishak dan Raja Zainudin Raja Ibrahim diteruskan pada radius 37.80 batu nautika.
Jelasnya pencarian itu merangkumi dua sektor pencarian di laut dan udara melibatkan kekuatan 67 orang termasuk nelayan tempatan.
Terdahulu media melaporkan lima nelayan tempatan termasuk tekong dikhuatiri hilang manakala seorang terselamat selepas bot yang dinaiki mereka karam di perairan Pulau Redang kira-kira jam 10 malam Isnin.
BACA: Bot karam di perairan Redang, 5 nelayan termasuk tekong dikhuatiri lemas
Susulan insiden itu tiga mangsa Saludin Ismail, 50, Mohd Nazri Abu Bakar, 48, dan Zulkifli Umar, 47, ditemui terapung sekitar jam 11 pagi hingga jam 1.30 tengahari pada Rabu.
Ketiga-tiga mangsa ditemui terapung pada kedudukan 1.7 hingga 1.9 batu nautika Pulau Redang.
Topic Berkaitan
#Maritim Malaysia
#SAR
#bot karam
#mangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan