awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bot kehabisan minyak, lelaki hilang di laut ditemukan selamat

Sinar Harian
Sinar Harian
26/02/2022
21:30 MYT
Bot kehabisan minyak, lelaki hilang di laut ditemukan selamat
Mangsa, Md Shamsuddin (duduk) berjaya ditemukan nelayan tempatan di Perairan Batu Laut di sini pada Sabtu. - Foto Sinar Harian
KLANG: Seorang lelaki yang hilang selepas bot dinaiki dipercayai kehabisan minyak ditemukan selamat di Perairan Batu Laut di sini pada Sabtu.
Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata mangsa, Md Shamsuddin Mohamed Shari, 46, ditemukan selamat oleh nelayan tempatan.
"Mangsa dan bot ditemui pada jarak lapan batu nautika dari Jeti Sungai Mersuk, Batu Laut Selangor.
"Bot mangsa ditunda masuk ke Jeti Sungai Mersuk oleh nelayan tempatan, Maritim Selangor telah menugaskan bot Penggalang 10 ke lokasi," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Katanya, berikutan penemuan itu, operasi mencari menyelamat telah ditamatkan dan Pos Hadapan Mencari dan Menyelamat di Jeti Polis Marin juga telah dibubarkan.
"Operasi mencari dan menyelamat yang diselaras pada hari kedua meliputi keluasan pencarian 85 batu nautika persegi dari Pulau Ketam sehingga ke kawasan Pulau Carey.
"Operasi ini menggunakan sebuah pesawat, sebuah kapal dan dua buah bot dari Maritim Malaysia dan Pasukan Polis Marin serta turut dibantu oleh komuniti nelayan," katanya.
Pada Jumaat, seorang lelaki dipercayai hilang di perairan Pintu Gedung di sini selepas bot yang dinaiki dipercayai kehabisan minyak.
Mangsa dipercayai hanyut bersama bot fiber yang dinaiki dalam perjalanan dari Pulau Ketam ke kapal dagang Lila Bhavnagar bagi menghantar dokumen serta pasport kru kapal dagang berkenaan.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#kehabisan minyak
#bot hanyut
#Jeti Sungai Mersuk
#nelayan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan