awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Boy Iman, pengurus syarikat akan kemuka representasi gugur pertuduhan

Bernama
Bernama
17/07/2023
05:00 MYT
Boy Iman, pengurus syarikat akan kemuka representasi gugur pertuduhan
Boy Iman (dua, kiri) serta seorang pengurus syarikat yang didakwa atas pertuduhan menipu seorang wanita berhubung urusan penjualan tapak festival Hooray X Fest Raya, hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pelakon dan penerbit Boy Iman serta seorang pengurus syarikat yang didakwa atas pertuduhan menipu seorang wanita berhubung urusan penjualan tapak festival Hooray X Fest Raya, akan mengemukakan representasi bagi menggugurkan pertuduhan itu.
Peguam Johan Ariff Salim Khan yang mewakili Boy Iman atau nama sebenarnya Noruliman A Rahman, 43, dan Nor Azmi Jantan, 49, memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya akan memfailkan representasi tersebut kepada pihak pendakwaan dalam masa terdekat.
"Pihak kami baharu sahaja dilantik dan akan memasukkan representasi untuk kedua-dua anak guam kami. Oleh itu, mohon satu tarikh sebutan ditetapkan oleh mahkamah," katanya ketika sebutan kes di hadapan Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim, yang turut dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Noraisyah Mohamed Zanyuin.
Sementara itu, peguam Muhamad Izhar Azmi mewakili Norazah Sahud dan Norzana Rapie @ Rafie, masing-masing berusia 51 tahun, yang turut berdepan pertuduhan sama, berkata pihaknya mengemukakan representasi kepada pendakwaan pada 13 Julai lepas berkaitan pertuduhan itu.
Mahkamah kemudian menetapkan 28 Ogos ini untuk sebutan semula kes.
Pada 25 April lepas, Boy Iman dan tiga individu terbabit mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu Siti Wardina Basir dengan memperdayakannya dalam urusan penjualan 'booth' atau penyewaan tapak Hooray X Fest Raya di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, sehingga menyerahkan RM1,500 di WTC pada 2.34 pagi, 19 April lepas.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Boy Iman
#tuduhan menipu
#fail representasi
#gugur pertuduhan
#Hooray X Fest Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan