awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Brian McFeeters duta baharu Amerika Syarikat ke Malaysia

Firdaus Azil
Firdaus Azil
27/02/2021
03:11 MYT
Brian McFeeters duta baharu Amerika Syarikat ke Malaysia
Kedutaan AS berkata, McFeeters pernah berkhidmat di negara ini selama tiga tahun, iaitu antara 2009 hingga 2011. - Foto Kedutaan Amerika Syarikat
KUALA LUMPUR: Bekas Kaunselor Politik Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia Brian McFeeters kini dilantik menjadi duta, menggantikan Kamala Shirin Lakhdhir.
Dalam satu kenyaaan media hari ini, Kedutaan AS berkata, Mcfeeters pernah berkhidmat di negara ini selama tiga tahun, iaitu antara 2009 hingga 2011.
Beliau berkata, Presiden AS Joe Biden telah menzahirkan harapan agar negara itu dapat bekerja dengan erat bersama negara rakan, dalam usaha menangani pelbagai cabaran di peringkat global, seperti kesihatan awam, pemulihan ekonomi, pemerdagangan manusia dan perubahan iklim.
Dalam kenyataan tersebut, beliau dipetik sebagai berkata – “Ia merupakan sesuatu yang indah untuk dapat kembali ke negara ini. Ketika saya di sini sepuluh tahun lepas, saya berpeluang untuk melakukan kerjasama dengan ramai rakyat Malaysia yang begitu berbakat dan berdedikasi.
“Saya tidak sabar untuk bekerja dengan pasukan Kedutaan AS di sini, termasuk beberapa wakil dari Kerajaan Amerika Syarikat. Misi dan harapan kami ialah untuk memupuk hubungan lebih erat dengan rakyat serta Kerajaan Malaysia,” katanya lagi.
McFeeters berkata, beliau harap dapat menerajui Kedutaan AS untuk melihat kerjasama dalam keselamatan, mengukuhkan hubungan ekonomi dua hala untuk mewujudkan puluhan ribu peluang pekerjaan, serta mewujudkan masa hadapan lebih cerah untuk golongan muda.
Tambahnya lagi, kedua-dua negara mempunyai tanggungjawab yang berat untuk dilakukan bersama bagi menangani COVID-19.
“Saya berasa lega vaksin Pfizer telah tiba di Malaysia, dan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah bermula,” katanya lagi.
Mengikut prosedur operasi standard (SOP), McFeeters yang tiba di negara ini pada Jumaat (26 Februari) hanya dibenarkan untuk melakukan pertemuan secara maya dengan pegawai dan pekerja Kedutaan AS kerana beliau perlu lalui tempoh kuarantin.
Topic Berkaitan
#Brian McFeeters
#duta amerika syarikat
#Amerika Syarikat
#Media
#ekonomi
#presiden
#kesihatan
#rakyat Malaysia
#politik
#kerajaan
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan