awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
WHO gesa sokongan keihatan segera di kawasan konflik Asia Barat
Tiga lagi anggota pengaman UNIFIL cedera letupan di Lubnan, Indonesia gesa mesyuarat segera
Petinju Kenya maut selepas perlawanan tidak dihentikan awal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bruno Mars lancar ‘The Romantic’, album solo pertama selepas sedekad

Astro AWANI
Astro AWANI
27/02/2026
10:50 MYT
Bruno Mars lancar ‘The Romantic’, album solo pertama selepas sedekad
Diterbitkan oleh Atlantic Records, album sembilan lagu itu mengetengahkan I Just Might sebagai single utama, yang dikeluarkan pada 9 Januari lalu. -Foto Facebook
BINTANG pop antarabangsa Bruno Mars mengakhiri penantian hampir sedekad peminat dengan melancarkan album solo baharu berjudul The Romantic, yang mula dipasarkan hari ini.
Ia merupakan album solo pertamanya sejak kejayaan besar 24K Magic pada 2016.
Diterbitkan oleh Atlantic Records, album sembilan lagu itu mengetengahkan I Just Might sebagai single utama, yang dikeluarkan pada 9 Januari lalu.
Lagu tersebut mencipta sejarah apabila debut di tempat pertama Billboard Hot 100, kali pertama Bruno Mars mencatat debut No.1 dalam kariernya, selain menjadi 'chart‑topper' ke‑10.

The Romantic memperlihatkan Bruno Mars meneruskan momentum cemerlang selepas beberapa kolaborasi global pada 2025, termasuk Die With a Smile bersama Lady Gaga yang mendominasi carta serta meraih Grammy, dan APT. bersama Rosé (BLACKPINK) yang turut menerima pencalonan Grammy.
Menurut laporan antarabangsa, album ini mempamerkan gabungan soul, pop dan elemen Latin moden dengan gaya produksi yang lebih matang. Antara lagu yang tersenarai termasuk Risk It All, Cha Cha Cha, God Was Showing Off, On My Soul, Something Serious dan Dance With Me.
Bruno Mars mula memberi bayangan mengenai album ini pada 5 Januari melalui hantaran ringkas “My album is done”, sebelum mengumumkan tajuk dan tarikh pelancaran rasmi dua hari kemudian.

Muzik video I Just Might pula diluncurkan dua hari selepas pengumuman itu, menandakan permulaan era baharu yang segera mendapat sambutan hangat.
Susulan pelancaran album, Bruno Mars dijadual memulakan The Romantic Tour melibatkan 71 konsert dari April hingga Oktober 2026 merentasi Amerika Utara dan Eropah.
Topic Berkaitan
#Bruno Mars
#The Romantic
#I Just Might
#Atlantic Records
#Billboard Hot 100
#konsert The Romantic Tour
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan