awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buang air terawat loji nuklear ke dalam laut, Malaysia perlu bersuara

Bernama
Bernama
02/05/2021
08:28 MYT
Buang air terawat loji nuklear ke dalam laut, Malaysia perlu bersuara
Radioaktif nuklear mampu memberi kesan pada hidupan laut yang boleh menyebabkan kematian organisma sekali gus menganggu gugat sumber ekonomi penduduk yang bergantung pada sumber laut. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia perlu memainkan peranannya sebagai anggota Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP) dengan mengutarakan isu impak jangka panjang pembuangan air terawat loji nuklear ke dalam laut di peringkat antarabangsa.
Pengasas bersama Ocean Hope Project, Mogesh Sababathy berkata tindakan itu perlu bagi memastikan kelestarian alam terutamanya hidupan laut tidak tergugat.
"Biarpun sisa nuklear akan dilarutkan dalam air tapi jumlah konsentrasi bahan pencemar juga mesti diberi perhatian dan jika dilarutkan sekalipun, bahan toksik tetap toksik dan boleh membawa kesan kepada semua pihak.
"Justeru, Malaysia perlu memainkan peranan bagi mengutarakan pekara ini ke peringkat antarabangsa kerana ia melibatkan tentang keselamatan dan kesihatan masyarakat serta hidupan laut di negara serantau," katanya kepada Bernama.
Baru-baru ini Kerajaan Jepun meluluskan rancangan melepaskan lebih satu juta tan air terawat daripada loji nuklear Fukushima ke dalam laut.
Rancangan Jepun itu mendapat sokongan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang berkata proses itu menyamai menyingkirkan sisa air daripada loji nuklear di tempat lain di dunia.
Mogesh menambah pembuangan air terawat loji nuklear ke dalam laut di lihat mampu memberi kesan terhadap rantaian keselamatan makanan dunia.
"Radioaktif nuklear mampu memberi kesan pada hidupan laut yang boleh menyebabkan kematian organisma sekali gus menganggu gugat sumber ekonomi penduduk yang bergantung pada sumber laut.
"Tidak dinafikan kedudukan Malaysia jauh dari Fukashima (Jepun) tetapi kita tetap berkongsi laut yang sama, tidak mustahil sisa itu mampu hanyut hingga ke negara kita," katanya.
Beliau berharap pihak antarabangsa dapat mengkaji dan membangunkan kaedah alternatif yang lebih selamat bagi melupuskan sisa nuklear radioaktif tanpa mengancam alam sekitar. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#loji nuklear
#air terawat loji nuklear
#laut
#Malaysia
#alam sekitar
#UNEP
#Mogesh Sababathy
#hidupan marin
#pencemaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan