awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Air Canada gantung penerbangan ke Cuba susulan kekurangan bahan api jet
Keluarga Jimmy Lai rayu Trump, pemimpin dunia gesa Beijing bebaskan taikun media Hong Kong itu
Polis Norway siasat diplomat susulan kaitan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada

Bernama
Bernama
13/12/2024
02:50 MYT
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Tangkap layar video tular penampakan seekor buaya berkeliaran di Pantai Teluk Batik pada Khamis.
IPOH: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak hari ini terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Pengarah Perhilitan Perak Yusoff Shariff berkata pihaknya belum memasang perangkap, namun meminta orang ramai yang berada di kawasan berkenaan supaya berhati-hati.
“Kita pantau dahulu sebab tidak semua (kes) kita akan pasang perangkap kerana kawasan berkenaan merupakan habitat haiwan itu dan kita minta orang ramai berhati-hati ... jangan timbulkan provokasi, jangan baling (barang) ke arah buaya itu.
"Selepas itu, pihak kami menjangkakan dalam dua atau tiga hari ini haiwan itu akan pulang semula (ke habitat asal) kerana berkemungkinan buaya itu tersesat di kawasan pantai terbabit," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Semalam, media melaporkan pasukan rondaan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menerima maklumat daripada satu rakaman video penampakan buaya itu yang berada berdekatan dengan jeti milik syarikat Vale Mineral (Malaysia) Sdn Bhd (Vale) di Teluk Rubiah kira-kira 2.24 petang.
Selepas menerima laporan itu, tindakan telah dilakukan oleh pihak APM dan mengesahkan kewujudan reptilia itu di kawasan terbabit, susulan itu, Perhilitan Perak telah menjalankan operasi pemantauan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#buaya
#Teluk Batik
#Perhilitan
#berwaspada
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan