awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buaya sesat di tali air sawah berjaya ditangkap

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
03/12/2017
21:39 MYT
Buaya sesat di tali air sawah berjaya ditangkap
Buaya tembaga sepanjang kira-kira 2.5 meter dengan berat hampir 50 kilogram itu dipercayai sesat dari Sungai Kemaman memasuki tali air kawasan sawah padi Paya Pamam ketika air pasang sejak 29 November lalu. -Gambar hiasan
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berjaya menangkap seekor buaya tembaga di sebatang tali air di Kampung Paya Pamam, Kemaman.
Buaya tembaga sepanjang kira-kira 2.5 meter dengan berat hampir 50 kilogram itu dipercayai sesat dari Sungai Kemaman memasuki tali air kawasan sawah padi Paya Pamam ketika air pasang sejak 29 November lalu.
Usaha mengesan buaya tembaga berkenaan dijalankan Perhilitan membabitkan lima kakitangan jabatan itu dan reptilia itu berjaya ditangkap dengan bantuan kakitangan Zoo Kemaman kira-kira jam 4 petang Ahad.
Buaya itu kemudian dihantar ke Zoo Kemaman.
Sementara itu, penduduk sekitar kawasan buaya itu ditemukan melahirkan rasa syukur kerana mereka tidak lagi bimbang untuk turun ke sawah.
Topic Berkaitan
#buaya
#buaya tembaga
#Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
#Kemaman
#parit
#Perhilitan
#sesat
#terengganu
#zoo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan