awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak 12 tahun jatuh bangunan

Sinar Harian
Sinar Harian
02/02/2022
04:01 MYT
Budak 12 tahun jatuh bangunan
Anggota bomba membantu seorang kanak-kanak perempuan terjatuh dari bangunan berdekatan sebuah hotel di Langkawi, pada Rabu. - Foto Sinar Harian
ALOR SETAR: Seorang kanak-kanak perempuan cedera di kepala selepas terjatuh dari tingkat empat bangunan berdekatan sebuah hotel di Langkawi, pada Rabu.
Ketua Bomba Zon Langkawi, Penguasa Bomba Mohd Fadzullah Mohd Noor memaklumkan, mangsa yang berusia 12 tahun itu telah diberi rawatan awal sebelum dibawa ke Hospital Langkawi.
“Kami menerima panggilan kecemasan pada jam 8.23 pagi dan komander operasi memaklumkan kanak-kanak perempuan tersebut terjatuh dari tingkat empat sebuah bangunan.
“Anggota bomba yang melakukan operasi memberi rawatan awal kepada kanak-kanak perempuan tersebut,” katanya dalam kenyataan, pada Rabu.
Menurutnya, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Langkawi dengan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.10 pagi.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#budak jatuh bangunan
#Alor Setar
#Langkawi
#bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan