awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Luluh hati ibu lihat anak cuba kejut adik maut dalam nahas
Sekumpulan individu lepaskan tembakan berhampiran konsulat Israel di Istanbul
Rhodes vs Orton, Punk vs Reigns, IShowSpeed 'sertai' The Vision. Ini apa kita tahu tentang WrestleMania 42
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak 8 tahun dijumpai rentung dalam kontena

Astro Awani
Astro Awani
13/01/2019
06:21 MYT
Budak 8 tahun dijumpai rentung dalam kontena
Seorang kanak-kanak dijumpai rentung dalam kebakaran membabitkan sebuah kontena yang terletak di Padang Permainan Kampung Jawa, Bayan Lepas. -Foto JBPM
Seorang kanak-kanak dijumpai rentung dalam kebakaran membabitkan sebuah kontena yang terletak di Padang Permainan Kampung Jawa, Bayan Lepas, Pulau Pinang tengah hari Ahad.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah hari itu, kanak-kanak lelaki itu dikenali sebagai Muhammad Saifuddin Ali Subahan, 8, ditemukan melecur 100 peratus dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurut Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat, Bayan Lepas, PBK 11 Marziaddi Mahmud, kebakaran melibatkan sebuah kontena yang dijadikan tempat simpanan barang-barang lama.
Menurut Marziaddi, maklumat orang awam mengatakan kontena tersebut tidak berkunci dan kerap dijadikan tempat kanak-kanak bermain.
Katanya, kebakaran dapat dikawal dan dipadamkan pada jam 12. 40 tengah hari.
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#kontena
#Marziaddi Mahmud
#Muhammad Saifuddin Ali Subahan
#Padang Permainan Kampung Jawa
#rentung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan