awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak 9 tahun dikhuatiri lemas ketika berkelah

Sinar Harian
Sinar Harian
16/01/2022
22:03 MYT
Budak 9 tahun dikhuatiri lemas ketika berkelah
Lokasi mangsa dikhuatiri lemas selepas berkelah di tepi Sungai Bengkoka, Pitas. - Foto Sinar Harian
PITAS: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dikhuatiri lemas ketika berkelah di tepi Sungai Bengkoka, di sini, pada Ahad.
Mangsa yang belum diketahui identiti itu disedari hilang sebelum laporan dibuat kepada pihak bomba pada jam 2.04 petang.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, laporan berhubung kejadian itu diterima melalui panggilan kecemasan 999.
Katanya, seramai empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu dikejar ke lokasi kejadian.
"Menurut laporan, seorang kanak-kanak dipercayai lemas di Sungai Bengkoka ketika melakukan aktiviti berkelah di tepi sungai berkenaan.
"Pasukan bomba bergegas ke lokasi bagi mendapatkan maklumat terperinci dan seterusnya melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Katanya lagi, mangsa belum ditemui sehingga kini.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Sungai Bengkoka
#kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas
#berkelah di tepi sungai
#bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan