awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut tercampak, lori terbakar
Krisis tenaga global: Hasil kutipan semula RM15.5 bilion bantu tambung subsidi - PM
Institusi pendidikan perlu percepat pengenalan kursus, disiplin baharu - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak 9 tahun ditemui penuh lumpur, bapa dipercayai lemas

Bernama
Bernama
22/02/2026
07:00 MYT
Budak 9 tahun ditemui penuh lumpur, bapa dipercayai lemas
Hadzrat Hussien bersama kanak-kanak malang itu ketika operasi mencari dan menyelamat bapanya yang dikhuatiri lemas di Sungai Parit Bugis, Pontian. -Foto Sinar Harian
Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dari bot ketika memancing bersama anak angkatnya di Sungai Parit Bugis, di sini, pada Ahad.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa yang berusia 56 tahun dilaporkan terjatuh ke dalam sungai dan hilang, manakala anak lelakinya, 9 tahun, terselamat.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Hadzrat Hussien Mion Hussain berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian tersebut pada jam 8.34 pagi.
Menurutnya, laporan polis telah dibuat dan operasi mencari serta menyelamat (SAR) sedang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Pasukan Polis Marin Wilayah 2.
"Difahamkan bot dinaiki mereka telah melanggar sebatang kayu yang melintang di laluan air sehingga menyebabkan mangsa terjatuh ke dalam sungai.
"Anak angkat mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan berpaut pada bot dan menyaksikan kejadian tersebut.
“Usaha pencarian sedang diteruskan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya ketika dihubungi.
Terdahulu, tular satu hantaran di Facebook, seorang lelaki menemui kanak-kanak lelaki itu dalam keadaan penuh lumpur yang memaklumkan bahawa bapanya dipercayai lemas terjatuh dari bot ketika memancing di sungai berkenaan. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Pontian
#Sungai Parit Bugis
#lemas
#operasi sar
#kanak-kanak selamat
#bot terbalik
#PDRM
#APM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan