awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
Harga barangan dan makanan KLIA disaran lebih berpatutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Budak kerbau' tak serik

Sharom Abu Bakar
Sharom Abu Bakar
10/03/2019
08:21 MYT
'Budak kerbau' tak serik
MUHAMMAD SYUKUR: Kali pertama kena... nak main lagi. -Gambar fail
Pengalaman terjatuh daripada kerbau ternakan bapanya tidak melunturkan semangat Muhammad Syukur Khamis, 14, untuk terus bersahabat dengan haiwan kesayangannya itu.
Muhammad Syukur yang terkenal dengan jolokan 'Mowgli Malaysia' berkata ini merupakan insiden pertama yang menimpanya, namun tiada istilah serik atau takut kejadian sama berulang.
Pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin itu sebaliknya berkata dia akan tetap meneruskan aktiviti rutin bersama kerbau namun dengan lebih berhati-hati.
Menurutnya, ketika kejadian, dia bersama empat rakannya bermain di atas kerbau selepas selesai sesi fotografi pada pukul 7 pagi, namun disebabkan tersilap langkah dia terjatuh tanpa sempat berpaut pada haiwan berkenaan kerana licin.
BACA: 'Budak Kerbau', Muhammad Syukur, dikejarkan ke hospital setelah jatuh dari kerbau
"Masa jatuh tu, saya pitam sekejap. Saya tak sedar masa itu... sedar tu pun dah ada dalam kereta. Tergelincir tu sebab lompat tak sempat pegang... lima minit macam tu.
"Kali pertama kena... nak main lagi," kata Muhammad Syukur.
Dia bagaimanapun dibenarkan pulang tengah hari tadi selepas berada di wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) malam tadi.
Pelajar itu juga diberikan cuti sakit selama empat hari.
Topic Berkaitan
#Hospital Sultanah Nur Zahirah
#HSNZ
#kerbau ternakan
#Mowgli Malaysia
#Muhammad Syukur
#Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin
#sesi fotografi
#terjatuh daripada kerbau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan