awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak lelaki 4 tahun rentung dalam kebakaran rumah

Bernama
Bernama
22/04/2020
05:56 MYT
Budak lelaki 4 tahun rentung dalam kebakaran rumah
Operasi ditamatkan sepenuhnya jam 1.09 awal pagi tadi dan punca kebakaran masih dalam siasatan. - Foto Bernama
Seorang kanak-kanak lelaki ditemui rentung, manakala 17 yang lain terselamat dalam kebakaran sebuah rumah dua tingkat di Jalan Bukit Pasir, Kampung Bukit Pasir, Endau, di sini, malam tadi.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Endau, Penolong Penguasa Bomba Mohd Alias Hussin berkata Pusat Gerakan Operasi Negeri Johor menerima panggilan kecemasan kebakaran rumah jam 9.19 malam tadi.
Katanya, sebuah jentera 'Light Fire Rescue Tender' (LFRT), sebuah jentera pemadam (FRT), sebuah Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dan sebuah utiliti Hilux dari BBP Endau dan dibantu BBP Mersing dengan kekuatan 21 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Setibanya di lokasi, didapati berlaku kebakaran di bahagian tingkat atas rumah jenis dua tingkat dan mayat dipercayai Mohammad Faris Sohari, 4, ditemui rentung (di bahagian tangga tingkat bawah) jam 11.07 malam sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
"Mangsa lain (yang mempunyai pertalian kekeluargaan dengan mangsa) berusia antara satu hingga 65 tahun berjaya menyelamatkan diri sebelum bomba tiba," katanya, dalam kenyataan di sini, hari ini.
Mohd Alias berkata operasi ditamatkan sepenuhnya jam 1.09 awal pagi tadi dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#GERAKAN
#Kanak-kanak
#kebakaran
#lelaki
#mangsa
#mayat
#Mersing
#operasi
#perubatan
#polis
#rumah
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan