awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Indonesia naikkan harga tiket, caj bahan api pesawat
Kes Indira Gandhi: Mahkamah tetap 25 Jun untuk dengar perkembangan siasatan PDRM
Misi Artemis II masuk sfera graviti bulan, atasi rekod Apollo 13
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak perempuan patah jari kaki tersepit eskalator

Sinar Harian
Sinar Harian
19/02/2024
11:35 MYT
Budak perempuan patah jari kaki tersepit eskalator
Proses mengeluarkan kaki mangsa dilakukan oleh pasukan bomba dan pihak pengurusan bangunan yang mengambil masa kira-kira 40 minit. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Anggota Bomba dan Penyelamat membantu mengeluarkan jari kaki kiri seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang tersepit di eskalator sebuah pusat beli-belah dekat sini pada Ahad.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Shamsul Bahri Hashim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden terbabit pada jam 4.56 petang.
"Seramai lima anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul dikejarkan ke lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Shamsul Bahri berkata, proses mengeluarkan kaki mangsa dilakukan oleh pasukan bomba dan pihak pengurusan bangunan yang mengambil masa kira-kira 40 minit.
"Mangsa didapati mengalami kecederaan pada tiga jari kaki, di mana salah satunya telah patah.
"Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan serta tindakan selanjutnya," ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#video tular
#kaki tersepit eskelator
#pusat beli-belah
#Kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan