awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Malaysia perlu amal diplomasi bijak, urus hubungan perdagangan - Anwar
Pemandu maut tercampak, lori terbakar
Krisis tenaga global: Hasil kutipan semula RM15.5 bilion bantu tambung subsidi - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bufet Ramadan SICC tampil 850 hidangan hasil idea luar biasa

Bernama
Bernama
06/03/2026
02:03 MYT
Bufet Ramadan SICC tampil 850 hidangan hasil idea luar biasa
Setakat hari ke-15 Ramadan, Rosmawati berkata bufet Ramadan SICC menerima lebih 1,000 pengunjung setiap malam daripada kapasiti keseluruhan kira-kira 1,700 orang. - Foto SICC Sabah
Bayangkan sebuah bufet Ramadan yang menawarkan 850 jenis hidangan, sesuatu yang mungkin kedengaran hampir mustahil untuk direalisasikan.
Namun, konsep luar biasa itu menjadi realiti di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), yang kini menjadi tumpuan pengunjung setiap malam sepanjang Ramadan.
Skala penyediaannya juga bukan kecil kerana untuk tempoh tiga minggu Ramadan sahaja, kira-kira satu tan udang diperlukan, manakala kira-kira enam ekor kambing digunakan setiap malam bagi menyediakan pelbagai hidangan kepada pengunjung.
Di sebalik angka yang kelihatan ‘tidak masuk akal’ itu, idea menyediakan bufet berskala besar berkenaan sebenarnya bermula daripada satu pengalaman peribadi.
Ketua Pegawai Eksekutif SICC Datuk Dr Rosmawati Lasuki berkata konsep itu tercetus ketika pandemik COVID-19 apabila sekatan perjalanan menghalangnya keluar dari Sabah.
Beliau berkata sebelum pandemik, setiap Ramadan beliau lazimnya akan meluangkan masa kira-kira 10 hari di Kuala Lumpur untuk menikmati pelbagai juadah bufet Ramadan di hotel-hotel terkenal.
“Jadi masa pandemik COVID-19, saya pun terasa mungkin ada juga hamba Allah seperti saya, yang teringin pelbagai juadah untuk berbuka puasa.
“Maka, bermula pada 2021, pada masa itu agak terhad setakat 250 sahaja. Tapi pada 2024 kami teruja dengan sambutan yang diterima saban tahun, jadi terfikir macam mana kalau kita hasilkan 850 juadah,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini.
Beliau berkata penyediaan jumlah hidangan yang besar itu turut mengambil kira kepelbagaian makanan daripada lebih 40 kumpulan etnik di Sabah, selain makanan dari Semenanjung Malaysia serta hidangan antarabangsa.
Usaha itu turut mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila SICC dinobatkan dalam Asia Book of Records pada 2023 sebagai penyedia hidangan antarabangsa terbanyak di bawah satu bumbung.
Selain skala penyediaannya, Rosmawati berkata bufet Ramadan SICC juga memberikan limpahan ekonomi kepada pengusaha tempatan melalui konsep ‘farm-to-table’, dengan bahan mentah diperoleh terus daripada petani dan pengusaha tempatan.
Beliau berkata program itu turut dilaksanakan melalui kerjasama beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Pertanian Malaysia, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), serta Sabah Fish Marketing Sdn Bhd (SAFMA).
Melalui kerjasama itu, hasil pertanian dan makanan laut tempatan digunakan dalam penyediaan hidangan, sekali gus membantu meningkatkan akses pasaran serta pendapatan kepada petani, nelayan dan pengusaha tempatan.
View this post on Instagram
A post shared by Sabah International Convention Centre (@siccsabah)
Rosmawati berkata langkah itu bukan sahaja memastikan kesegaran bahan makanan, malah turut menyokong rantaian bekalan tempatan serta perusahaan kecil yang berkaitan dengan sektor hospitaliti.
Setakat hari ke-15 Ramadan, beliau berkata bufet berkenaan menerima lebih 1,000 pengunjung setiap malam daripada kapasiti keseluruhan kira-kira 1,700 orang.
Bufet itu ditawarkan pada harga RM158 bagi dewasa, manakala warga emas berumur 60 tahun ke atas dikenakan RM108 dan kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun RM70.
Rosmawati berkata konsep bufet itu bukan sekadar menyediakan juadah berbuka puasa, malah menjadi ruang pertemuan masyarakat berbilang kaum di Sabah.
Beliau berkata pada masa hadapan konsep itu berpotensi dikembangkan sebagai produk pelancongan gastronomi bagi mempromosikan kepelbagaian budaya makanan Sabah kepada pelawat luar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bufet ramadan
#Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah
#SICC
#Rosmawati Lasuki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan