awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buka pusat khidmat bukan tanda tandingi kerusi Parlimen Padang Serai - Saifuddin Nasution

Bernama
Bernama
17/01/2026
03:45 MYT
Buka pusat khidmat bukan tanda tandingi kerusi Parlimen Padang Serai - Saifuddin Nasution
Saifuddin berkata pusat khidmat itu bertujuan memudahkan akses rakyat di selatan Kedah kepada sebarang bantuan yang disalurkan kerajaan Persekutuan. - Foto Facebook/Saifuddin Nasution Ismail
KULIM: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pembukaan Pusat Khidmat Rakyat di Padang Serai bukan bermakna beliau akan bertanding di kawasan Parlimen itu pada pilihan raya akan datang.
Sebaliknya, pusat khidmat itu bertujuan memudahkan akses rakyat di selatan Kedah kepada sebarang bantuan yang disalurkan kerajaan Persekutuan.
"Tidak, itu terlalu awal (tentukan kerusi). Saya katakan tadi sebagai Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPN) saya ada pejabat di Kedah tapi di sana (Alor Setar), di sini di Kedah selatan jadi lebih mudah rakyat dapat akses.
"Saya boleh jadi bertanding, boleh jadi tidak. Boleh jadi di sini, boleh jadi tempat lain. Jadi masih terbuka, saya tak ada sebut secara sah bahawa pembukaan pusat khidmat ini, di sini saya bertanding, tak ada sebut begitu," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Pusat Khidmat Rakyat Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Padang Serai, dekat sini malam tadi.
Saifuddin Nasution yang juga Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) sebelum ini pernah memenangi kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu, namun tewas pada Pilihan Raya Umum ke-15.
Sementara itu, selaku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kedah beliau berkata parti itu akan memperkemas gerak kerja sepanjang tahun ini dan menjadi pembangkang yang efektif di negeri berkenaan.
Beliau berkata selaku pembangkang di Kedah, tugas wakil rakyat PH di Kedah bukan sekadar mengkritik, tetapi juga memberi penyelesaian kepada permasalahan rakyat.
"Berbeza di pusat, di Kedah kita pembangkang. Jadi kita perlu memainkan peranan efektif sebagai semak dan imbang, jadi perlu bermula dengan organisasi yang kemas dan maklumat tepat.
"Selepas tiga tahun sebagai Pengerusi Bersama MTPN Kedah saya boleh pantau pencapaian projek kerajaan Persekutuan, jika ada masalah berlaku yang membabitkan negeri, kita akan sampaikan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pusat khidmat
#Saifuddin Nasution
#Parlimen Padang Serai
#bantuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan