awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Microsoft sifatkan Copilot sebagai alat hiburan, bukan untuk nasihat penting
TKP Jabatan Alam Sekitar didakwa sekali lagi terima RM9,110 baiki rumah
Google lancar ChromeOS Flex USB Kit, bantu lanjut hayat PC lama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Bukan buang sisa, hanya lepaskan anak ikan'

Sinar Harian
Sinar Harian
02/10/2021
03:05 MYT
'Bukan buang sisa, hanya lepaskan anak ikan'
Pegawai JAS Perak menjalankan persampelan insitu air sungai di lokasi kejadian. - Foto: ihsan JAS Perak (Gambar kecil: Rosli)
IPOH: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak mengesahkan tiada unsur pencemaran dikesan susulan tindakan tiga individu yang didakwa membuang 'sisa' ke Sungai Kinta di sini pada Khamis.
Pengarahnya, Rosli Zul berkata, siasatan mendapati mereka hanya melepaskan anak ikan yang merupakan upacara keagamaan bagi kaum Cina.
"Pegawai saya telah ke rumah individu terbabit dan menemui mereka berdasarkan maklumat pada nombor pendaftaran kenderaan seperti yang dipaparkan dalam video tular itu.
"Yang sebenarnya berlaku, ia merupakan aktiviti melepaskan anak ikan iaitu acara keagamaan kaum Cina yang sering dilakukan setiap tahun," katanya di sini.
Menurutnya, pihaknya turut menjalankan persampelan insitu di tiga lokasi serta melakukan pemerhatian visual keadaan air sungai.
"Daripada pengukuran insitu air mendapati keadaan air sungai tidak menunjukkan parameter air yang tidak normal.
"Malah, tiada kelihatan ikan mati atau yang menunjukkan pencemaran berlaku di sungai terbabit," katanya.
Sinar Harian pada Jumaat melaporkan JAS Perak menjalankan siasatan terhadap tiga individu yang dirakam membuang sesuatu ke dalam Sungai Kinta di Jalan Sultan Iskandar di sini.
Video berdurasi 44 saat itu mula tular apabila dikongsi pelayar laman sosial Facebook dan Twitter mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.
Mereka didapati membuang sesuatu seperti cecair dari enam tong plastik berwarna biru sebelum kesemuanya beredar menaiki sebuah kereta yang diletakkan di tebing sungai.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#buang sisa
#anak ikan
#upacara keagamaan
#JAS Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan