awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Microsoft sifatkan Copilot sebagai alat hiburan, bukan untuk nasihat penting
TKP Jabatan Alam Sekitar didakwa sekali lagi terima RM9,110 baiki rumah
Google lancar ChromeOS Flex USB Kit, bantu lanjut hayat PC lama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bukan mudah untuk hapuskan tol - Baru Bian

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
13/08/2018
03:06 MYT
Bukan mudah untuk hapuskan tol - Baru Bian
Kerajaan mengakui bukan mudah untuk melaksanakan penghapusan tol, terutamanya dalam keadaan kewangan negara ketika ini. -Gambar fail
Kerajaan mengakui bukan mudah untuk melaksanakan penghapusan tol, terutamanya dalam keadaan kewangan negara ketika ini.
Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata kerajaan sentiasa berusaha sebaik mungkin untuk memenuhi janji manifesto.
"Namun, Kerajaan mengakui cadangan itu bukan mudah untuk dilakukan terutamanya dalam keadaan kewangan semasa yang tidak mengizinkan.
"Kerajaan telah meneliti pelbagai faktor serta implikasi penghapusan tol di mana anggaran kos pelepasan tol ialah melebihi RM400 billion," kata Baru Bian.
Tambahnya, selepas menimbangkan perkara ini, Kerajaan bersetuju untuk menangguhkan pelaksanaan ini sehingga keadaan ekonomi benar-benar stabil.
"Walau bagaimanapun, Kerajaan akan terus meneliti pilihan lain bagi membantu rakyat untuk meringankan beban kos sara hidup," kata beliau.
Baru Bian berkata demikian bagi menjawab soalan dari Datuk Jalaluddin Alias (BN - Jelebu) yang bertanyakan tentang bilakah tol dijangka akan dimansuhkan.
Topic Berkaitan
#Baru Bian
#kos pelepasan tol
#Manifesto
#Pakatan Harapan
#tol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan