awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bukan ugutan, tapi demi kelangsungan perniagaan - PDAM

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
30/12/2018
10:48 MYT
Bukan ugutan, tapi demi kelangsungan perniagaan - PDAM
Cadangan pelaksanaan operasi stesen minyak 18 jam sehari adalah alternatif dalam meneruskan kelangsungan perniagaan pengusaha stesen minyak. - Foto REUTERS
Cadangan pelaksanaan operasi stesen minyak 18 jam sehari hanyalah alternatif dalam meneruskan kelangsungan perniagaan.
Presiden Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesyen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz sekali gus menafikan dakwaan kononnya kenyataan beliau semalam merupakan satu ugutan kepada kerajaan dan pengguna.
"Dalam memastikan kami dapat menjimatkan kos operasi, termasuk dalam keadaan yang kami tidak boleh tampung lagi, kami kena kurangkan pekerja dan penggunaan elektrik.
"Antara cara paling mudah adalah mengurangkan pekerja dan waktu operasi. Kami bukan hendak susahkan rakyat, tapi ini kelangsungan kami. Ini cara paling berisiko rendah, kami tidak mahu stesen ditutup," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Ahad.
Susulan sidang media yang dilakukan beliau semalam, ada segelintir netizen melontarkan pandangan bahawa kenyataan Khairul itu seolah-olah satu ugutan kepada pengguna.
Sementara itu, beliau mengesahkan bahawa PDAM juga telah menyerahkan memorandum dan petisyen mewakili 3,500 pengusaha stesen minyak seluruh negara kepada perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya hari ini.
Topic Berkaitan
#Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz
#Mahathir Mohamad
#operasi stesen minyak
#PDAM
#Perdana Menteri
#Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesyen Minyak Malaysia
#stesen minyak
#stesen minyak 18 jam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan