awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis sekat komunikasi tahanan Pakistan lolos dari Penjara Sungai Buloh
Pengorbanan Kedah pelihara kawasan padi, tadahan air wajar dibalas setimpal - Sultan
Kamus Dewan Perdana versi web kini boleh diakses
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bulgaria hantar tiga pesawat pindahkan rakyat dari Asia Barat

Bernama
Bernama
04/03/2026
17:13 MYT
Bulgaria hantar tiga pesawat pindahkan rakyat dari Asia Barat
Orang ramai yang terkandas di Dubai susulan konflik AS-Israel dengan Iran, tiba di Lapangan Terbang Varna, Varna, Bulgaria, 4 Mac 2026. REUTERS
Bulgaria mengatur tiga penerbangan untuk memindahkan rakyatnya dari Dubai, Abu Dhabi dan Oman, menurut Kementerian Pengangkutan dan Komunikasi negara itu pada Rabu, lapor Xinhua.
Sebuah pesawat dengan kapasiti 326 tempat duduk akan membawa rakyat Bulgaria dari Dubai ke Sofia pada Rabu, menurut kementerian itu. Senarai rakyat berkenaan sedang disediakan oleh Kementerian Luar.
Terdahulu pada Rabu, sebuah pesawat Boeing 737 berlepas dari Sofia menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Salalah di Oman.
Pesawat itu dijangka kembali pada Khamis, kata kementerian itu sambil menambah bahawa pesawat ketiga dijadualkan terbang ke Abu Dhabi pada Rabu.
Sekurang-kurangnya 11,400 rakyat Bulgaria berada di Asia Barat, menurut Kementerian Luar.
Perdana Menteri sementara Bulgaria Andrey Gurov selepas mesyuarat operasi mengenai situasi di Asia Barat pada Selasa berkata pihak berkuasa Bulgaria memberi tumpuan untuk memindahkan rakyat negara itu dari wilayah yang terjejas akibat konflik secepat mungkin.
“Kami telah menyediakan pesawat yang mencukupi dan bersedia untuk berlepas sebaik sahaja laluan penerbangan disahkan,” kata Gurov.
-- BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#bulgaria
#pemindahan rakyat
#konflik Asia Barat
#pesawat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan