awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
RUU Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 dibentangkan di Dewan Rakyat
Sultan Terengganu pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-271
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buli Terengganu: 15 suspek direman empat hari

Astro Awani
Astro Awani
09/08/2017
03:44 MYT
Buli Terengganu: 15 suspek direman empat hari
Antara kecederaan yang dialami salah seorang mangsa yang dipukul senior. -Astro AWANI / Shahrom Abu Bakar
Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini membenarkan tahanan reman ke atas 15 suspek kejadian kes buli di Kolej Vokasional Wakaf Tembesu semalam.
Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah, Wan Aziante Wan Karim pagi Rabu.
Kesemua suspek adalah pelajar tahun dua kolej berkenaan.
Mereka dikenakan reman selama empat hari bermula hari ini hingga 12 Ogos depan.
Dalam kejadian jam 1.30 pagi semalam, dua pelajar tahun satu kolej yang sama mengalami kecederaan di beberapa anggota badan dipercayai dipukul beberapa pelajar senior.
Salah seorang mangsa kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu.
Kejadian dipercayai berpunca daripada keengganan kedua mangsa mengikut arahan pelajar senior.
Ekoran itu, suspek yang tidak berpuas hati bertindak memukul serta membelasah mangsa.
Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Sabit kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Topic Berkaitan
#15 suspek
#Hospital Sultanah Nur Zahirah
#kes buli
#Kolej Vokasional Wakaf Tembesu
#Kuala Terengganu
#Mahkamah Majistret Kuala Terengganu
#Wan Aziante Wan Karim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan