awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
Raja Charles sedia bantu polis siasat dakwaan Andrew kongsi dokumen sulit dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bung Moktar hargai petugas hari mengundi PRN Sabah

Bernama
Bernama
26/09/2020
05:18 MYT
Bung Moktar hargai petugas hari mengundi PRN Sabah
Bung Moktar mengundi pada PRN Sabah ke-16 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Garam hari ini. --fotoBERNAMA
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menghargai semua petugas dalam memastikan proses mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah hari ini berjalan lancar.
Beliau berkata mereka termasuklah petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), anggota pasukan keselamatan dan kesihatan yang bertungkus lumus memastikan prosedur operasi standard (SOP) sentiasa dipatuhi oleh semua pihak dalam mengekang penularan COVID-19 semasa proses mengundi dijalankan.
"Kita kena mematuhi SOP kerana kita sudah sedia maklum (proses mengundi) dalam suasana kita berhadapan dengan COVID-19.
"Saya yakin dan percaya semua pengundi yang layak mengundi boleh menunaikan hak mereka pada hari ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai mengundi di pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Garam bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pada pukul 11.15 pagi di sini.
Bung Moktar, yang juga calon bagi kerusi DUN Lamag, berpuas hati dengan perjalanan proses mengundi di pusat mengundi, walaupun prosesnya agak perlahan.
Bung Moktar menghadapi pertandingan lima penjuru bagi merebut kerusi baharu DUN Lamag itu, menentang Junny @ Karuak Abdullah (Bebas), Mohd Ismail Ayob (Warisan), Sairin Abd Rahma (PPRS) dan Razman Mayah (PCS).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bung Moktar Radin
#COVID-19
#DUN Lamag
#PRN Sabah
#Sabah Memilih
#SOP
#SPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan