awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran laluan perkapalan terancam jika serangan dipertingkat
PSV Eindhoven tawan Liga Belanda buat kali ketiga berturut-turut
Ahli Demokrat label ancaman terbaharu Trump terhadap Iran ‘psikotik’, bimbang jenayah perang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bunuh, tanam saudara selepas bergaduh ketika mabuk

Astro Awani
Astro Awani
24/12/2023
03:10 MYT
Bunuh, tanam saudara selepas bergaduh ketika mabuk
Pasukan polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian. - Gambar/ Astro AWANI
RAWANG: Angkara mabuk, dua beradik dipercayai bergaduh sehingga menyebabkan salah seorang daripada mereka maut di Sungai Choh, pada Sabtu.
Sumber memberitahu, suspek kemudian dipercayai menanam mayat mangsa di belakang rumah sewa mereka di sebelah sebuah kilang.
Bagaimanapun, seorang ahli keluarga lain dipercayai curiga dengan kelakuan suspek dan kehilangan mangsa seterusnya menghubungi polis.
Sepasukan anggota polis termasuk Unit Anjing Pengesan (K9) turut dihantar untuk mengesan dan mencari bahan bukti sekitar kawasan pembunuhan terbabit.
Difahamkan, dua lelaki kemudian ditahan bagi membantu siasatan.
Turut difahamkan, mayat mangsa ditemui dan dikeluarkan dari belakang rumah itu kira kira jam 5 pagi Ahad.
Mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan mengenal pasti punca kematian.
Astro AWANI sedang mendapatkan pengesahan daripada pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Ariffin Mohamad Nasir, mengenai kejadian itu.
Topic Berkaitan
#kes bunuh
#pergaduhan dua beradik
#bunuh dan tanam
#Rawang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan