awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buruh binaan didenda RM2,400, curi seluar dalam wanita

Bernama
Bernama
02/03/2023
10:51 MYT
Buruh binaan didenda RM2,400, curi seluar dalam wanita
Liew dituduh mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya. - Foto BERNAMA
PETALING JAYA: Akibat mencuri dua helai seluar dalam milik seorang wanita di sebuah rumah, seorang buruh binaan didenda RM2,400 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Majistret Zhafran Rahim Hamzah menjatuhkan hukuman itu ke atas Liew Chee Hoong ,45, selepas dia mengaku bersalah mencuri dua helai seluar dalam seorang wanita berusia 23 tahun di sebuah rumah di Bandar Sri Damansara pada 6 petang, 23 Feb lepas.
Liew dituduh mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.
Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara tiga bulan, sekiranya gagal membayar denda.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Maryam Jamilah Md Kamal memohon hukuman setimpal supaya tertuduh tidak mengulangi kesalahan tersebut manakala Liew yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan kerana dia tiada pendapatan tetap.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#seluar dalam
#peguam
#Mahkamah Majistret
#penjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan