awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buruh binaan jumpa kanak-kanak dua tahun ketakutan dan kelaparan

Raffi Bachik
Raffi Bachik
29/06/2015
13:32 MYT
Buruh binaan jumpa kanak-kanak dua tahun ketakutan dan kelaparan
Siasatan awal polis mendapati kanak-kanak terbabit mempunyai lima orang adik-beradik dan mangsa adalah anak keempat. - Foto Astro AWANI
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun sebulan ditemui dalam keadaan ketakutan dan kelaparan kira-kira pukul 4 pagi Isnin di tepi jalan berhampiran stesen minyak Caltex, Jalan Tun Perak, Melaka.
Kanak-kanak tersebut yang kelihatan tidak terurus itu ditemui seorang lelaki yang ketika itu sedang memandu kereta untuk pulang ke rumah di Taman Ayer Keroh Heights.
Siasatan awal polis mendapati kanak-kanak terbabit mempunyai lima orang adik-beradik dan mangsa adalah anak keempat.
Dia bersama adik bongsunya berusia 8 bulan dijaga oleh ibunya yang juga seorang ibu tunggal.
Ibu kanak kanak berkenaan sebelum ini ditahan polis sejak 21 Jun lalu akibat kesalahan memandu kenderaan curi.
Kanak kanak tersebut bersama adiknya dijaga oleh jiran-jiran di rumah tumpangan yang disewa berhampiran stesen caltex berkenaan.
Sementara itu, kanak kanak itu dituntut neneknya di Jabatan Kebajikan Masyarakat Melaka Tengah di Ayer Keroh.
Topic Berkaitan
#ayer keroh
#dera
#jkm
#Kanak-kanak
#Melaka
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan