awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buruh didakwa bunuh anak tiri

Bernama
Bernama
16/07/2017
03:45 MYT
Buruh didakwa bunuh anak tiri
Rosmanan Abd Rahman didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan membunuh anak tirinya berusia lima tahun pada 28 Jun lalu. --fotoBERNAMA
Seorang buruh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh anak tirinya berusia lima tahun.
Rosmanan Abd Rahman, 38, bapa tiri kepada Muhammad Hairil Amsyar Abdul Rahman didakwa melakukan kesalahan tersebut di 218, Felda Tenang, Pasir Akar, Besut pada 3.30 pagi, 28 Jun.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.
Tiada sebarang pengakuan direkodkan dan tertuduh hanya mengangguk faham setelah pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
Majistret Tuan Ruzaini Tuan Lah menetapkan 16 Ogos untuk sebutan semula di Mahkamah Besut.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nur Zafirah Rosli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Dalam kejadian awal pagi 28 Jun, Muhammad Hiril Amsyar Abdul Rahman disahkan meninggal dunia ketika dibawa tertuduh untuk mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan Hospital Daerah Besut dengan alasan terjatuh daripada motosikal, namun, hasil pemeriksaan awal mendapati punca kematian mangsa tidak konsisten dengan keterangan suspek.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anak tiri
#bunuh
#buruh
#mahkamah
#Setiu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan