awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Trump umum operasi sekatan Selat Hormuz
GSF 2.0 mulakan pelayaran menuju Gaza
Tersalah tekan pedal minyak kereta punca pelajar tingkatan satu maut dilanggar - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Burung kenyalang, sasaran kegiatan haram di Sarawak

Bernama
Bernama
11/04/2026
07:17 MYT
Burung kenyalang, sasaran kegiatan haram di Sarawak
Len Talif berkata setakat ini, status spesies hidupan liar di negeri itu masih dalam keadaan terkawal hasil operasi bersepadu yang dilaksanakan pelbagai agensi termasuklah SFC, PDRM dan agensi penguatkuasaan lain. - Foto BERNAMA
Burung kenyalang, yang menjadi lambang kebanggaan Sarawak, antara spesies bernilai tinggi dan menjadi sasaran kegiatan haram, kata Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh.
Beliau berkata setakat ini, status spesies hidupan liar di negeri itu masih dalam keadaan terkawal hasil operasi bersepadu yang dilaksanakan pelbagai agensi termasuklah Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi penguatkuasaan lain.
“Walaupun kita tidak dapat mengawal sepenuhnya kegiatan ini, langkah penguatkuasaan yang konsisten serta kerjasama pelbagai pihak membantu mengurangkan kes pemburuan dan perdagangan haram.
“Antara kesalahan yang sering dikesan ialah perdagangan daging hidupan liar, yang kini bukan sahaja berlaku di kawasan hutan, tetapi turut melibatkan penjualan di pasar awam,” katanya kepada pemberita selepas majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Renjer Komuniti, Flag-Off Operasi Bersepadu Khazanah serta Pelancaran 1000 Visit To Save Wildlife di sini, pada Sabtu.
Sementara itu, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata aspek pendidikan perlu diberi penekanan melalui kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan komuniti setempat bagi meningkatkan kesedaran tentang undang-undang serta kesan pemburuan terhadap ekosistem.
“Pendidikan amat penting supaya masyarakat memahami apa yang dibenarkan dan dilarang, termasuk perbezaan antara penggunaan untuk keperluan sendiri dengan tujuan komersial.
“Penglibatan komuniti melalui pelantikan renjer komuniti turut membantu memperluas jaringan pemantauan di kawasan pedalaman. Selain itu, penggunaan teknologi moden seperti dron, sensor haba dan pemetaan geospatial terus dipertingkatkan bagi mengekang kegiatan jenayah hidupan liar yang semakin menggunakan kaedah canggih,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Burung Kenyalang
#undang-undang
#hidupan liar
#operasi bersepadu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan