awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemboja rasmikan tugu peringatan tikus pengesan periuk api terkenal
Lima terbunuh dalam serangan AS-Israel ke atas fasiliti petrokimia Iran
Songkran kurang meriah, krisis tenaga jejas pelancongan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ByteDance runding jual Moonton pada nilai sehingga AS$7 bilion

Amanz
Amanz
15/02/2026
03:10 MYT
ByteDance runding jual Moonton pada nilai sehingga AS$7 bilion
Mobile Legends: Bang Bang merupakan judul utama di bawah Moonton dan mencatat lebih 110 juta pengguna aktif bulanan, selain melebihi 1.5 bilion muat turun. -Foto Amanz
BYTEDANCE, syarikat di sebalik aplikasi TikTok, kini dilaporkan berada dalam peringkat rundingan lanjut untuk menjual studio permainan video Moonton Technology pada nilai antara AS$6 bilion hingga AS$7 bilion.
Menurut laporan Reuters, perbincangan itu melibatkan Savvy Games Group yang dimiliki oleh Public Investment Fund Arab Saudi.
ByteDance membeli Moonton pada 2021 pada anggaran nilai AS$4 bilion sebagai sebahagian usaha mengembangkan portfolio permainan video.
Namun, selepas penstrukturan semula perniagaan pada 2023, syarikat itu mula mengurangkan tumpuan terhadap pembangunan permainan dan menilai semula beberapa asetnya.
Mobile Legends: Bang Bang merupakan judul utama di bawah Moonton dan mencatat lebih 110 juta pengguna aktif bulanan, selain melebihi 1.5 bilion muat turun.
Permainan ini turut menjadi antara judul paling popular di Asia Tenggara.
Savvy Games Group sebelum ini telah melaksanakan beberapa pengambilalihan dalam industri permainan global sebagai sebahagian strategi meluaskan pegangan dalam sektor e-sukan dan hiburan interaktif.
Menurut sumber, kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan awal mengenai terma asas transaksi, dan pengumuman rasmi dijangka dibuat seawal suku pertama tahun ini. -Amanz
Topic Berkaitan
#ByteDance
#Moonton Technology
#Mobile Legends
#bang bang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan