awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cabar Ketua Wanita Umno, Halimah mahu tunggu dan lihat

Bernama
Bernama
16/08/2013
13:33 MYT
Cabar Ketua Wanita Umno, Halimah mahu tunggu dan lihat
Bekas Ketua Wanita Umno Johor Datuk Halimah Mohd Sadique hari ini meneruskan tanda tanya sama ada beliau akan menandingi jawatan tertinggi sayap itu apabila berkata: "Kita tunggu dan lihat, masa masih panjang."
Beliau demikian apabila ditanya pemberita apakah tuan punya badan mahu bertanding atau tidak, ketika ditemui pada rumah terbuka beliau sempena Aidilfitri di Dewan Serba guna Taman Kota Jaya di sini.
Anggota Parlimen Tenggara yang enggan memberi jawapan sahih itu, turut menegaskan yang penting sekarang ialah usaha memperkukuhkan parti bukan soal siapa bertanding.
"Kita perlu tentukan parti belajar daripada pilihan raya umum (PRU) yang lepas dan siap sedia untuk hadapi PRU14," katanya.
Halimah yang juga Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah antara yang disebut-sebut bakal mencabar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bagi meneraju Wanita Umno pada pemilihan yang dijadualkan Oktober ini.
Pendaftaran calon bagi kepimpinan sayap itu dijadualkan pada 21 Sept.
Bekas Ketua Puteri Umno Datuk Seri Azalina Othman Said sebelum ini dilapor menyatakan minat untuk mencabar Shahrizat.
Mengulas lanjut, Halimah berkata beliau mengharapkan pemilihan parti kali ini akan dijadikan platform untuk menyatukan anggota Umno.
Topic Berkaitan
#Datuk Halimah Mohd Sadique
#Ketua Wanita Umno
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan