awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cabul anak rakan, buruh binaan dipenjara 5 tahun, 2 sebatan

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
23/11/2022
07:28 MYT
Cabul anak rakan, buruh binaan dipenjara 5 tahun, 2 sebatan
Tertuduh dijatuhi hukuman lima tahun penjara dan dua sebatan atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak. - Foto Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Seorang buruh binaan dijatuhi hukuman lima tahun penjara dan dua sebatan atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan yang juga anak kenalannya.
Hukuman itu diputuskan hakim Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Nooriah Osman selepas tertuduh Taher Md Abu, 55, didapati bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang berusia lima tahun ketika kejadian.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 24 Disember 2019 di sebuah rumah di daerah Kuala Terengganu jam 7 malam.
Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Mahkamah kemudian mengarahkan hukuman penjara bermula daripada tarikh tangkap iaitu pada 28 Disember 2019.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh diwakili peguam, Mazlan Md Zain.
Topic Berkaitan
#amang seksual
#cabul anak rakan
#Kuala Terengganu
#cabul kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan