awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
Malaysia perbaiki kedudukan ke-54 dalam Indeks Persepsi Rasuah 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cadangan Belanjawan Sarawak dibincang semua ADUN Selasa ini

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
08/10/2021
04:00 MYT
Cadangan Belanjawan Sarawak dibincang semua ADUN Selasa ini
Sebelum ini desas-desus mengatakan bahawa pilihan raya akan dilangsungkan lebih awal berbanding jangkaan banyak pihak, pada Februari 2022. - Foto Astro AWANI
KUCHING: Satu mesyuarat khas berkaitan Belanjawan Negeri 2022 bersama semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak akan diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Selasa.
Mesyuarat itu akan dipengerusikan bersama oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar.
Berdasarkan surat jemputan yang dikeluarkan dan ditandatangani oleh Setiausaha DUN Sarawak, Pele Peter Tinggom, kesemua 81 Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak dijemput ke mesyuarat itu.
Mereka dikehendaki datang 30 minit lebih awal untuk menjalani saringan Rapid Test Antigen COVID-19 dan membuktikan bebas COVID-19 sebelum menghadiri mesyuarat.
Sementara itu, dalam perkembangan yang lain, Setiausaha Eksekutif PBB Datuk Awang Bujang Awang Antek berkata, satu jemputan berasingan pula telah dikeluarkan kepada semua wakil rakyat GPS untuk menghadiri mesyuarat khas dengan Abang Johari pada jam 8.00 malam Isnin depan.
Mesyuarat yang akan berlangsung pada jam 8.00 malam di Ibu Pejabat PBB di Jalan Bako, dekat sini dijangka membincangkan agenda Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12.
Sebelum ini desas-desus mengatakan bahawa pilihan raya akan dilangsungkan lebih awal berbanding jangkaan banyak pihak, pada Februari 2022.
Untuk rekod, Sarawak kini telah mencapai imuniti kelompok, dengan tempoh matang DUN Sarawak telah melepasi empat bulan.
Tarikh akhir PRN Sarawak diadakan adalah pada 7 Mei 2016, dengan Barisan Nasional (BN) Sarawak ketika itu menang 72 daripada 82 kerusi yang ditandingi.
Topic Berkaitan
#ADUN Sarawak
#Cadangan Belanjawan
#Abang Johari Tun Openg
#DUN Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan