awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cadangan hukuman sebat terhadap pegawai perkhidmatan awam terbabit rasuah

Bernama
Bernama
10/01/2017
13:22 MYT
Cadangan hukuman sebat terhadap pegawai perkhidmatan awam terbabit rasuah
Amalan rasuah yang melibatkan jumlah wang yang besar dalam kalangan pegawai perkhidmatan awam sangat membimbangkan dan merosakkan reputasi perkhidmatan itu serta negara. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Hukuman lebih berat termasuk sebatan perlu dikenakan terhadap pegawai perkhidmatan awam yang didapati terbabit dengan kesalahan salah guna kuasa dan rasuah.
Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (Alumni PTD) dalam kenyataan hari ini berkata amalan rasuah yang melibatkan jumlah wang yang besar dalam kalangan pegawai perkhidmatan awam sangat membimbangkan dan merosakkan reputasi perkhidmatan itu serta negara.
Menurut kenyataan itu, pegawai perkhidmatan awam yang telah diamanahkan sepatutnya tidak menyalahgunakan kedudukan dan kuasa mereka untuk mengkhianati dan melakukan pecah amanah.
"Perlu diambil perhatian bahawa terdapat negara-negara yang menjatuhkan hukuman mati kepada pegawai-pegawai kanan pekhidmatan awam yang didapati bersalah melakukan rasuah, terutamanya yang memegang jawatan kanan," kata kenyataan itu di sini, hari ini.
Justeru Alumni PTD meminta pihak berkuasa dalam perkhidmatan awam meningkatkan penerapan etika dan integriti supaya ia menjadi sebahagian daripada budaya penjawat awam. -- Bernama
Topic Berkaitan
#hukuman sebat
#penjawat awam ambil rasuah
#Alumni PTD
#salah guna cuaca
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan