awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cadangan pelaksanaan WBB dibincangkan dalam pemukiman KKM - Dzulkefly

Bernama
Bernama
17/01/2025
10:43 MYT
Cadangan pelaksanaan WBB dibincangkan dalam pemukiman KKM - Dzulkefly
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dzulkefly Ahmad bercakap pada sidang media khas mengenai Waktu Bekerja Berlainan suatu usaha menambah baik kebajikan petugas kesihatan bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Isu mengenai cadangan pelaksanaan Waktu Bekerja Berlainan (WBB) antara yang akan dibincangkan pada sesi pemukiman Kementerian Kesihatan (KKM) bermula hari ini hingga 19 Jan.

Ringkasan AI
  • KKM akan membincangkan pelaksanaan Waktu Bekerja Berlainan (WBB) dalam sesi pemukiman.
  • WBB dicadangkan untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan kualiti hidup petugas perubatan.
  • Kementerian komited untuk menambah baik kebajikan petugas dan perkhidmatan kesihatan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata sebarang perkembangan lanjut berhubung isu itu akan diumumkan selepas tamat pemukiman.
"Isu utama yang akan dibincangkan (ketika pemukiman) melibatkan isu-isu sumber manusia, meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan dan ketidakseimbangan agihan petugas kesihatan termasuklah isu cadangan WBB," katanya pada sidang media khas di sini, hari ini.
Dzulkefly berkata WBB bertujuan untuk mengurangkan keletihan, meningkatkan kualiti hidup dan kebajikan pegawai perubatan serta meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai.
Beliau berkata pelaksanaan sistem itu antara lain bagi mengurangkan tempoh bekerja atas panggilan (on-call) aktif daripada maksimum 33 jam kepada 18 jam untuk setiap sesi kerja kakitangan yang terlibat serta memastikan mana-mana pegawai perubatan tidak bertugas melebihi 24 jam secara berterusan.
"(Selain itu) Mengurangkan jumlah waktu bertugas yang kini mencecah 99 jam seminggu kepada maksimum 72 jam seminggu.
Menurut Dzulkefly, WBB adalah cadangan perubahan aturan jadual kerja yang dibina oleh petugas KKM sendiri berdasarkan libat urus sejak Januari tahun lepas di beberapa jabatan di fasiliti kesihatan terpilih membabitkan pegawai perubatan dan pakar perubatan secara bersasar.
"Sistem ini dimaksudkan menjadi sistem ketiga yang berjalan selari dengan sistem atas panggilan sedia ada dan sistem syif bagi pegawai perubatan dan pakar perubatan," katanya.
Sementara itu, beliau berkata kementerian komited untuk menambah baik persekitaran kerja yang menyokong kebajikan dan kesejahteraan warganya selain terus memastikan perkhidmatan terbaik dapat disampaikan demi menjamin kesihatan dan kesejahteraan rakyat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#WBB
#Waktu Bekerja Berlainan
#KKM
#Dzulkefly Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan