awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Caj perkhidmatan 20 hingga 40 sen bagi pembelian dalam talian - Zahidi

Bernama
Bernama
08/09/2020
07:03 MYT
Caj perkhidmatan 20 hingga 40 sen bagi pembelian dalam talian - Zahidi
Pembelian di bawah RM200 tidak akan dikenakan caj berkenaan. -Gambar fail
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bercadang mengenakan caj perkhidmatan 20 sen bagi pembelian di bawah RM1,000 melalui platform dalam talian, kata timbalan menterinya Datuk Zahidi Zainul Abidin.
Beliau berkata, perkara itu sebagai langkah supaya dapat menambah kewangan atau mengumpul dana khas bagi membantu golongan B40 termasuk menambah baik pembangunan komunikasi di luar bandar.
"Perkara ini sedang dalam mesyuarat dan perancangan untuk kita bentangkan kepada kerajaan supaya dapat mencari sumber lain yang tidak membebankan rakyat dan dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
"Maka, bayaran tambahan ini seakan caj perkhidmatan yang akan dikenakan dan sekiranya pembelian itu lebih RM1,000 maka caj tambahan dikenakan adalah 40 sen," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Merdeka@Komuniti Peringkat Kelantan di Pengkalan Petah, di sini, hari ini.
Beliau berkata, bagaimanapun, pembelian di bawah RM200 tidak akan dikenakan caj berkenaan manakala tambahan setiap 20 sen perlu dibayar pengguna bagi gandaan RM1,000 berikutnya.
Terdahulu, dalam ucapannya, Zahidi berkata cadangan setiap pembelian bawah RM1,000 menerusi platform e-dagang antaranya Lazada dan Shopee akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak 20 sen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#20 sen
#40 sen
#B40
#caj perkhidmatan
#dalam talian
#kerajaan
#KKMM
#Malaysia
#Merdeka
#online
#pembelian
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan