awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Calon SPM resah boleh menyebabkan minda buntu ketika peperiksaan - Pakar

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
04/12/2024
15:20 MYT
Calon SPM resah boleh menyebabkan minda buntu ketika peperiksaan - Pakar
Mariani menekankan kepentingan sistem sokongan menyeluruh kepada calon-calon dalam menempuhi cubaan akademik dan bencana ketika ini. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Emosi calon-calon peperiksaan yang resah, gelisah dan bimbang boleh menyebabkan minda mereka buntu, seterusnya menjejaskan prestasi mereka.

Ringkasan AI
  • Emosi Calon Peperiksaan: Kebimbangan, kegelisahan, dan keresahan calon peperiksaan boleh menyebabkan minda mereka buntu dan menjejaskan prestasi akademik mereka.Kepentingan Sistem Sokongan: Prof. Datin Dr. Mariani Md Nor menekankan pentingnya sistem sokongan menyeluruh untuk membantu calon menghadapi cabaran akademik dan bencana.Peranan Ibu Bapa dan Kerajaan: Ibu bapa dan kerajaan memainkan peranan penting dalam memastikan calon peperiksaan dipindahkan ke kawasan selamat tanpa rasa resah, untuk mengelakkan gangguan emosi yang boleh menjejaskan prestasi mereka.

Oleh itu, Dekan Fakulti Pendidikan, Bahasa, Psikologi dan Muzik SEGi Universiti, Prof. Datin Dr. Mariani Md Nor menekankan kepentingan sistem sokongan menyeluruh kepada calon-calon dalam menempuhi cubaan akademik dan bencana ketika ini.
“Kita tidak mahu apabila peperiksaan ditunda kepada suatu waktu, kemudian berlaku lagi bencana pada waktu tersebut (yang menyebabkan peperiksaan terpaksa ditangguhkan lagi). Pada saya kesiapsiagaan akademik dan peribadi itu perlu ada.
“Ibu bapa memainkan peranan yang penting. Kerajaan sangat membantu menyiapkan kenderaan; trak atau lori, asalkan calon-calon ini boleh dipindahkan ke kawasan selamat tanpa calon-calon ini rasa resah, gelisah dan bimbang.
“Kalau calon-calon ini resah, dibimbangi minda mereka buntu. Apabila seseorang cemas, dia tidak boleh jawab soalan peperiksaan sebaik yang dijangka,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Rabu.
Calon SPM resah boleh menyebabkan minda buntu ketika peperiksaan - Pakar
Pada Isnin, Kementerian Pendidikan (KPM) mengesahkan, seramai 5,377 calon SPM 2024 di Kelantan, Terengganu dan Kedah terjejas akibat banjir kali ini.
Calon paling ramai terjejas ialah di Kelantan dengan 3,111 orang, Terengganu (1,734 orang) dan Kedah (532 orang).
KPM berkata, seramai 402,956 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2024.
Agenda AWANI: Banjir | Persediaan Tempuh Gelombang Kedua
Topic Berkaitan
#banjir
#Kementerian Pendidikan
#SPM
#peperiksaan
#pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan