awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia

Bernama
Bernama
25/04/2024
20:15 MYT
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata setakat ini tiada statut komprehensif tunggal di Malaysia untuk mengawal selia NGO kecuali bagi badan yang digariskan dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. - Gambar fail/BERNAMA
GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) meminta kerajaan mempertimbangkan penubuhan Suruhanjaya Amal Malaysia untuk mengawal selia badan bukan kerajaan (NGO) di negara ini.
Presidennya Mohideen Abdul Kader berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Beliau berkata setakat ini tiada statut komprehensif tunggal di Malaysia untuk mengawal selia NGO kecuali bagi badan amal dan amanah amal serta institusi yang digariskan dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
"Jadual Kesembilan hanya menyatakan bahawa badan amal Islam berada di bawah senarai negeri tetapi ia tidak memperuntukkan pentadbiran mereka dan kami menggesa agar pentadbiran negeri menyediakan badan penyelia bagi badan amal Islam.
"Sejak bertahun-tahun, banyak permintaan dibuat kepada orang ramai bagi mendapatkan dana untuk membina masjid, institusi tahfiz, dan pelbagai tujuan kebajikan lain. Memastikan ketelusan dan ketulenan dalam pengumpulan dana adalah penting untuk mengekalkan kepercayaan dalam komuniti dan menjamin bahawa derma digunakan bagi tujuan yang dimaksudkan," katanya dalam kenyataan semalam.
Dr Wan Azizah pada 2020 mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Amal bagi menambah baik kecekapan, ketelusan dan tadbir urus baik dalam sektor kewangan sosial, sekali gus mencegah kejadian sumbangan yang tidak sampai ke tangan penerima.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#CAP
#Suruhanjaya Amal Malaysia
#NGO
#kawal selia NGO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan